Tuesday, 9 July 2013

Bersahur bezakan puasa orang Yahudi, Kristian

Abdullah bin Umar berkata: “Rasulullah mempunyai dua tukang azan. Mereka adalah Bilal dan Ibnu Ummu Maktum. Rasulullah bersabda: Sebenarnya Bilal melaungkan azan ketika waktu malam iaitu sebelum fajar menyinsing. Masa itu bersahurlah kamu hingga Ibnu Ummu Maktum pula melaungkan azan menandakan masuk waktu Subuh.”

Abdullah bin Umar berkata: “Tidak ada jarak masa antara mereka itu. Apabila Bilal selesai berazan, Ibnu Maktum pula menggantikannya.” Maksudnya jarak antara kedua-duanya tidaklah terlalu lama.” (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim)



Tempoh masa sahur 

“Amr bin al-‘As berkata, Rasulullah bersabda: “Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan Kristian adalah bersahur.” (Riwayat Muslim)


Zaid bin Sabit berkata, “Kami bersahur bersama Rasulullah. Selepas itu kami bangun menunaikan solat Subuh. Orang itu bertanya kepadanya: Berapa lama jarak masa antara sahur dan solat Subuh itu? Zaid menjawab: Kira-kira sempat membaca 50 ayat al-Quran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

“Amr bin al-‘As berkata, Rasulullah bersabda: “Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan Kristian adalah bersahur.” (Riwayat Muslim) 

Abu ‘Atiyyah berkata, “Saya dan Masruq menemui Aisyah. Masruq berkata kepada Aisyah: Ada dua sahabat Rasulullah yang melakukan kebaikan. Seorang daripada mereka menyegerakan sembahyang Maghrib dan menyegerakan berbuka puasa. Manakala seorang lagi melewatkan sedikit sembahyang Maghrib dan melewatkan berbuka puasa. Aisyah bertanya: Siapakah yang menyegerakan solat Maghrib dan menyegerakan berbuka? Masruq menjawab: ‘Abdullah bin Mas’ud. Aisyah berkata: Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah.” (Riwayat Muslim) 

Anas berkata, “Rasulullah berbuka dulu, kemudian barulah bersolat Maghrib. Baginda berbuka dengan buah kurma basah. Jika tiada barulah Baginda makan kurma biasa. Jika tiada juga barulah Baginda hanya minum beberapa teguk air.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Tirmizi mengatakan hadis ini adalah hadis hasan).

No comments:

Post a Comment