Monday, 15 July 2013

Jabatan Pelajaran Melaka siasat pelajar digelar pelacur

KUALA LUMPUR 16 Julai - Jabatan Pelajaran Melaka diarah supaya menyiasat punca seorang pelajar sekolah rendah dipanggil 'pelacur' oleh guru disiplinnya.

Insiden itu agak tidak wajar, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pelajar berumur 12 tahun dari Batu Berendam itu membuat laporan polis semalam dengan mendakwa guru disiplinnya memanggilnya 'pelacur' selepas tersilap menuduhnya sebagai sebahagian daripada kumpulan yang membuat bising dan menimbulkan masalah kepada seorang guru lain.

Laporan menyebut ibu pelajar perempuan itu turut diminta oleh guru disiplin terbabit supaya memindahkan anaknya ke sekolah lain. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment