Friday, 12 July 2013

Penjara Medan terbakar, 100 banduan lari

MEDAN - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 100 banduan melarikan diri dalam satu kejadian rusuhan dan kebakaran di penjara LP Tajung Gusta Medan termasuk banduan pengganas.

Pasukan gabungan yang terdiri daripada polis dan tentera memeriksa jalan-jalan dan memburu para tahanan yang melarikan diri.

Ketua Polis Sumatera Utara, Heru Prakoso mengesahkan kejadian itu kepada BBC Indonesia.

“Benar ada rusuhan berlaku. Kami sedang mendapatkan maklumat terperinci tentang insiden itu,” katanya.

Sebelum itu, para banduan melakukan protes kerana bekalan air dan elektrik tidak mengalir di penjara itu.

Wakil Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia, Denny Indrayana mengatakan keutamaan petugas sekarang adalah untuk menangkap kembali para banduan.

“Keutamaan petugas saat ini adalah menangkap banduan yang terlepas.

"Sebelum ini memang ada masalah dengan elektrik dan air dan petugas sedang berusaha untuk memperbaiki tapi belum siap sudah berlaku kejadian ini,” katanya dipetik dari Metro TV.

Jumlah tahanan di LP Tanjung Gusta adalah hampir 2,600 orang tetapi penjara itu hanya boleh menampung 1,000 banduan.

Kapolda Sumatera Utara, Syarif Gunawan sehingga lewat malam tadi berkata, “hasil ‘sweeping’ petugas menemukan10 banduan yang melarikan diri dan diletakkan di beberapa balai polis.

"Seorang banduan pengganas sudah ditangkap namun jumlah sebenar banduan lari masih belum diketahui," katanya lagi
.

No comments:

Post a Comment