Google+ Followers

Saturday, 13 July 2013

26 terhumban dalam gaung

Dungun: “Saya dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum tercampak dari kerusi,” kata Mohamad Khairy Izwan Mohamad Zamani, 27, penumpang bas ekspres yang bertembung dengan sebuah lori sayur di Kilometer 73.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Pulau Serai, di sini, semalam.
Dalam kemalangan jam 4 pagi, bas ekspres dinaiki 25 penumpang itu turut terhumban sebelum terbalik ke dalam gaung. Bagaimanapun, semua penumpang dan pemandu bas hanya cedera ringan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila lori sayur dipandu Zaidi Awang Hamar, 36, serta kelindannya, Noor Hisyam Zali, 39, dari Bachok, Kelantan dikatakan terbabas lalu memasuki laluan kanan jalan sebelum bertembung dengan bas terbabit dari arah bertentangan.

Pertembungan itu menyebabkan Zaidi dan Noor Hisyam cedera parah sebelum mereka dikeluarkan pasukan bomba dan dikejarkan ke Hospital Dungun.
Foto
BAS EKSPRES terbalik di dalam gaung.

Mohamad Khairy berkata, dia menaiki bas terbabit dari Hentian Putra, Kuala Lumpur, jam 10 malam sebelum menuju ke Kuala Terengganu.