ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini menetapkan 5 Ogos ini sebagai tarikh keputusan penuh berhubung kes tukang tilik wanita mati dibunuh oleh bekas suaminya tahun lalu.
Wong Ban Chong, 55, dituduh membunuh Ung Siew Lim, 47, pada jam 12.17 pagi di sebuah rumah di Taman Saga, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, 17 Februari 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tertuduh juga dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada Ch’ng Sheue Mei, 28, dengan menetak menggunakan parang iaitu satu senjata yang boleh menyebabkan kematian jika diguna sebagai senjata serta boleh dihukum mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan mengemukakan hujahan secara bertulis kepada mahkamah.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid.

No comments:
Post a Comment