Wednesday 10 July 2013

Tiga atlet Sukma didakwa merogol

PETALING JAYA - Tiga atlet bola baling yang mewakili Wilayah Persekutuan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2013 dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol seorang pegawai tambahan wanita minggu lalu.
Tertuduh, Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Megat Razali, 19, dan Mohammad Shaizzad Md. Shafie, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di mahkamah berasingan.
Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tidak boleh menganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan di perkampungan sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 4 Julai lalu.
Kes disebut semula 20 Ogos depan.

No comments:

Post a Comment