Friday, 26 July 2013

Buaya mati dipercayai kebuluran - Perhilitan


Buaya disangka kayu hanyut

SHAH ALAM 26 Julai - Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor tidak menolak kemungkinan bangkai buaya tembaga yang ditemui terapung di Sungai Selangor, Kuala Selangor semalam mati disebabkan kebuluran.

Pengarahnya, Rahim Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal dan bedah siasat ke atas buaya jantan berusia 70 tahun itu, pihaknya mendapati perut reptilia itu kosong manakala kesemua giginya telah lama tertanggal atas faktor usia.

Beliau berkata, pihaknya percaya disebabkan keadaan tersebut, buaya terbabit tidak mampu mencari makanan sendiri dan mati secara mengejut.
"Bagaimanapun, kita telah menghantar organ dalaman buaya itu ke makmal Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun di Hulu Selangor untuk siasatan lebih terperinci bagi mengenal pasti punca-punca lain kematiannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Monster croc rocks Kuala Selangor

No comments:

Post a Comment