Wednesday 10 July 2013

'Nasihat mangsa selepas curi'

'Nasihat mangsa selepas curi'Ibrahim (kiri) dan Kalam Idrus menunjukkan tali getah sekerap dan kain cadar yang digunakan penyamun untuk menutup muka serta mengikat tangan mereka di Madoi, Segamat, semalam. - Foto Ahmad Ismail
Enam lelaki bersenjata sabit, besi samun empat beranak 
Segamat: "Jadilah menantu yang baik, bukannya hantu macam kami,” pesan sekumpulan penyamun kepada seorang buruh selepas menyamun mangsa bersama keluarga mentuanya dekat Medoi di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian itu, sekumpulan enam lelaki bersenjatakan sabit, besi dan batang kayu itu, menceroboh rumah didiami empat beranak terbabit pada jam 2.10 pagi. 

Buruh kampung, Ibrahim Ismail, 36, berkata dia yang tidur sendirian di ruang tamu rumah itu dikejutkan seorang daripada enam penyamun itu yang menutup muka menggunakan kain sambil mengacu sabit ke lehernya. 

“Mereka meminta kami menyerahkan wang dan barangan berharga kononnya sebagai amal jariah sempena Ramadan. 

“Suspek mengikat saya dan isteri serta ibu bapa mentua selepas mengejutkan mereka dalam bilik masing-masing, mengguna tali plastik dan wayar seterika. 

“Mereka turut menyelubungkan kami dengan kain hitam sebelum menggeledah tiga bilik tidur rumah ini,” katanya. 
Bawa lari emas RM7,000 

Ibrahim berkata, penjenayah terbabit mengambil wang tunai dan komputer riba serta enam telefon bimbit serta barangan kemas milik isteri dan ibu mentuanya bernilai kira-kira RM7,000. 

Katanya, sebelum melarikan diri dari rumah terbabit, seorang daripada lelaki itu sempat berbisik kepadanya supaya membuka ikatan pada ibu bapa mentuanya. 


Beliau berkata, lelaki itu dipercayai menceroboh masuk menerusi tingkap yang diumpil berhampiran ruang tamu rumah rumah berkenaan yang belum dipasang jeriji. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.



Credit: Ahmad Ismail.

No comments:

Post a Comment