SHAH ALAM – Nikah mutaah yang diamalkan dalam ajaran Syiah jelas tidak menghormati kaum wanita juga hak-hak mereka dalam perkahwinan.
Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Fatahiyah Mahamood berkata, ini kerana konsep pernikahan tersebut membenarkan seseorang lelaki menikahi wanita dalam tempoh tertentu sesingkat satu malam hanya dengan menyediakan mahar dan juga menyatakan tempoh.
“Dari segi hukum Islam, nikah mutaah adalah haram kerana boleh diibaratkan sebagai kahwin kontrak. Apabila wanita boleh dikahwini dan diceraikan dengan mudah, maknanya wanita tidak dihormati.
“Sedangkan dalam perkahwinan, suami perlu bertanggungjawab kepada isteri, bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu saja,” katanya.
Selain itu, katanya, konsep nikah mutaah yang membolehkan perceraian berlaku selepas tempoh ditetapkan tanpa lafaz melainkan hanya apabila sampai tempoh yang dijanjikan, juga seolah-olah memandang remeh institusi perkahwinan.
“Perkahwinan adalah tanggungjawab bersama setiap pasangan. Mereka perlu memastikan perkahwinan dibina berkekalan.
“Jika berkahwin dengan niat untuk bercerai selepas itu, hilanglah nilai perkahwinan. Apatah lagi, nikah mutaah tidak mengikut rukun nikah yang sebenarnya," katanya.
Beliau turut menyarankan agar setiap wanita menyelidiki latar belakang calon suami sebelum berkahwin.
“Bagi seorang isteri, suami adalah masa depannya. Jadi, penting bagi mereka kenal calon suami agar tidak terjebak dengan perkahwinan mutaah,” katanya

No comments:
Post a Comment