Google+ Followers

Tuesday, 4 June 2013

PENDAKI MALAYSIA MAUT DI EVEREST

Pendaki Malaysia ke Everest maut akibat AMS


KUALA LUMPUR 4 Jun - Seorang pendaki Malaysia yang menyertai kumpulan pendaki Perbadanan Putrajaya ke Base Camp Everest, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan penyakit akut ketinggian (AMS) di Banjaran Himalaya, dekat Katmandu, Nepal hari ini.

Manakala seorang lagi yang turut menyertai ekspedisi tersebut turut mengalami serangan akut yang sama dan keadaannya dilaporkan kritikal.