Google+ Followers

Monday, 3 June 2013

ELAK KE TURKI

Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Turki
Penunjuk Perasaan melarikan diri selepas pihak keselamatan menembak gas pemedih mata kepada ratusan peserta demonstrasi di Ankara, Turki. -fotoAP
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang merancang untuk mengunjungi Turki dinasihatkan supaya menjauhui kawasan yang terjejas akibat tunjuk perasaan di negara itu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Kementerian Luar sedang memantau perkembangan di Istanbul dan Ankara yang menyebabkan kecederaan ratusan orang sejak beberapa hari lepas.
"Berdasarkan keadaan semasa, kementerian ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk mengelakkan perjalanan ke kawasan yang terjejas atau menangguhkan mana-mana lawatan yang tidak penting ke Turki pada masa ini untuk demi keselamatan diri," kata kenyataan itu.
Kekacauan di Turki yang bermula pada Jumaat lepas apabil arakyat negara itu membantah kepimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.
Hingga kini protes anti-kerajaan di seluruh negara itu mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan terbunuh.