Tuesday, 4 June 2013

Kelajuan bot di Sungai Melaka dikurangkan sebanyak 20 peratus


MELAKA - Pelancong yang menaiki bot di laluan Sungai Melaka kini boleh melihat panorama sepanjang laluan sungai tersebut dengan tempoh lebih lama kerana kelajuan bot-bot yang melalui sungi itu akan dikurangkan sebanyak 20 peratus.
Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, selain untuk tujuan itu, pendekatan itu dibuat bagi mengurangkan kadar hentaman air ke tebing sungai.
"Pengurangan kelajuan itu akan menjamin kekukuhan tebing sepanjang sungai itu pada masa akan datang.
"Oleh itu bot-bot yang membawa pengunjung Melaka River Cruise tidak perlu terlalu laju kerana pengunjung mahu melihat pemandangan di sepanjang sungai," katanya selepas merasmikan Seminar Sungai Antarabangsa sempena Festival Jemputan Sungai Melaka 2013 di Plaza Ramada di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment