Monday 3 June 2013

Wanita tak boleh jadi model rokok

Petaling Jaya: Syarikat rokok serta ejen pemasaran mereka dilarang menggunakan wanita untuk mempromosikan produk tembakau berkenaan dalam sebarang bentuk pengiklanan. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kementeriannya juga akan mengkaji mengenakan larangan sama terhadap penggunaan wanita bagi mempromosi rokok di kelab malam, sama ada di kaunter atau secara terus kepada pelanggan.


Katanya, bentuk promosi dan jualan rokok, sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah dilarang, termasuk pemberian diskaun. 

Mereka (syarikat rokok) juga tidak boleh menaja program seperti aktiviti kemasyarakatan atau kesukanan, sama ada secara langsung atau tidak, katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di Sunway Pyramid, di sini semalam. 

Amaran kesihatan 

Selain itu, Dr Subramaniam berkata, amaran kesihatan yang dicetak pada kotak rokok akan turut mengalami pembaharuan dengan saiz grafik yang memaparkan kesan negatif akibat merokok, diperbesarkan daripada 40 peratus sekarang kepada 50 peratus. 

Katanya, kementerian juga akan meminta syarikat rokok di negara ini mengurangkan lagi kandungan tar serta nikotin dalam tembakau sebagai langkah menghapus tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.


Credit: Lum Chee Hong

No comments:

Post a Comment