Sesungguhnya Rasulullah SAW telah diutuskan kepada umat yang tidak tahu menulis, mengira dan membaca. Menurut catatan sejarah, di Madinah dan jazirah Arabiah ketika itu, hanya sebahagian kecil saja yang tahu membaca dan menulis.
Begitu juga di Makkah, terdapat sebahagian kecil yang tahu membaca dan menulis antaranya, Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi talin, Talhah, Abu Sufyan, Muawiyah, Abaan bin Sa’ad, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Munzir bin ‘Amru.
Umat ‘ummi’
Oleh kerana bilangan yang tahu menulis, mengira dan membaca adalah sangat sedikit, maka penduduk di Semenanjung Tanah Arab dinamakan umat yang ‘ummi’ bererti tidak tahu menulis dan membaca.
Ulama sejarah meriwayatkan, antara individu yang mengajar penduduk Makkah menulis dan membaca adalah Harb bin Umayyah. Beliau ialah seorang peniaga dan bapa kepada sahabat Nabi, Sufiyan bin Harb, yang memeluk Islam pada hari pembukaan kota Makkah.
Ilmu yang dipelajari Harb bin Umayyah ketika berniaga di negara lain telah diajarkannya kepada ahli Quraisy yang lain.
Rasulullah SAW amat mengutamakan kemahiran membaca dan menulis. Dalilnya, peristiwa berlaku terhadap tawanan perang Badar al-Kubra terdiri daripada golongan kafir Quraisy. Rasulullah tidak melepaskan mereka begitu saja, sebaliknya baginda memberi dua tawaran kepada 70 tawanan itu.
Tebus tawanan dengan harta, ilmu
Siapa yang mempunyai harta boleh menebus diri mereka dengan harta itu dan siapa yang tidak berkemampuan, disyaratkan mengajar 10 kanak-kanak Islam sehingga mereka pandai menulis serta membaca sebagai ganti harta untuk menebus diri.
Melalui cara itu, kemahiran membaca dan menulis berkembang dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat Muslim. Adanya pendakwah yang tahu membaca serta menulis menjadi faktor pertambahan bangsa asing yang memeluk Islam.
Kefahaman diperoleh dengan ilmu, ilmu diperoleh dengan membaca. Ilmu juga diperoleh dengan pembelajaran. Ilmu dan Islam tidak boleh dipisahkan, ia adalah teras dan itulah keindahan Islam.
Sumber: Ensiklopedia al-Quran

"Ilmu dan Islam tidak boleh dipisahkan, ia adalah teras dan itulah keindahan Islam."

No comments:
Post a Comment