Friday 14 June 2013

1,000 berarak bantah perkahwinan sejenis

ZAGREB 15 Jun - Kira-kira 1,000 penyokong kumpulan konservatif yang mahu satu referendum dibuat bagi mengharamkan perkahwinan sejenis berarak ke bangunan Parlimen Croatia semalam bagi menyerahkan petisyen yang ditandatangani satu perlima penduduk negara ini.

"Kami semua bersatu di belakang satu matlamat iaitu memastikan rakyat Croatia mempunyai peluang untuk mengatakan apa yang mereka fikir tentang kepentingan isu-isu seperti keluarga, perkahwinan dan pengambilan anak angkat,’’ kata aktivis Zeljka Markic kepada orang ramai.
Penunjuk perasaan dari pelosok Croatia berkumpul di sebuah dataran di hadapan bangunan Parlimen selepas berarak menerusi bandar Zagreb. - AFP

No comments:

Post a Comment