Monday 10 June 2013

Petua atasi marah

MARAH seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. 

Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. 

Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu atau tanpa kawalan kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Apabila marah dan kecewa sekali pun, perasaan itu masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, perlakuan tersebut mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab.


Tindakan segera

ketika rasa marah
1 Baca ta'awwuz dengan bermaksud 'aku
berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam'. Sebab orang yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.
2 Mengubah posisi dan kedudukan.
Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.
3 Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba
tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.
4 Mengambil wuduk. Marah itu
bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.
5 Diam. Usah berkata apa-apa sebaliknya
diamkan diri, kosongkan fikiran dan lakukan gambaran minda yang positif dengan fokus kepada mencari hikmah dengan bertanya pada diri sendiri, "Kenapa Allah izinkan situasi ini berlaku? Apa hikmahnya? Apa yang boleh dipelajari daripadanya?"
6 Banyakkan berzikir
dan selawat.
7 Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
perlahan-lahan sambil kosongkan fikiran.
8 Ingat, bukan kita sahaja boleh marah,
orang lain pun boleh marah. Malah orang lain marahnya mungkin lagi hebat daripada kita.


Tindakan jangka panjang

Bagi seseorang yang tahu bahawa dirinya memang jenis pemarah atau panas baran maka eloklah mengambil langkah-langkah jangka panjang seperti berikut:
1 Melakukan amalan seperti solat taubat,
buat baik, membaca al-Quran, puasa sunat, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.
2 Menjaga diet pemakanan termasuk
makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan makanan laut, elakkan makanan yang ada bahan pengawet.
3 Kegiatan Fizikal - badan yang sihat lebih
mampu mengawal emosi.
4 Rajin buat kerja-kerja amal bagi
membunuh kesombongan diri seperti mengutip sampah, mencuci tandas (terutamanya tandas masjid), mengutip derma dan seumpamanya..
5 Banyakkan membaca buku-buku motivasi
bagi membantu diri sendiri.
6 Bergaullah dengan orang yang berilmu
dan berjaya kerana mereka mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesuatu perkara yang baik dan buruk.

No comments:

Post a Comment