Google+ Followers

Saturday, 8 June 2013

Kereta api Maglev 500 km sejam

Kereta api Maglev 500 km sejam
Kereta api Maglev meluncur seperti peluru.
KERETA api peluru terapung Jepun yang boleh bergerak pada kelajuan maksimum sehingga 500 kilometer (km) sejam menjalani ujian perjalanan tanpa sebarang masalah.

Kereta api Maglev (Magnet Levitation) keluaran Syarikat Central Japan Railway Co (JR Tokai), menggunakan teknologi terkini dikenali sebagai pengapungan magnet untuk bergerak pantas.

Jurucakap pasukan operasi berkata, kereta api itu menggunakan magnet untuk mengangkat gerabak di atas landasan, tanpa menggunakan roda dan tidak bergeser serta menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat dan senyap.

“Maglev bakal digunakan di seluruh Jepun bermula 2045 memandangkan landasan dari Tokyo ke Osaka sedang diperbaiki. Kereta api aerodinamik ini merupakan paling pantas yang pernah dikeluarkan,” katanya dipetik dari MailOnline.

Jepun sebelum ini cukup terkenal dalam bidang kereta api berkelajuan tinggi, setelah membangunkan kereta api peluru yang pertama pada 1964.

Selain Jepun, China juga mempunyai perkhidmatan kereta api Maglev komersial.

Kereta api Maglev Shanghai dibuka kepada orang ramai pada 2004 dan mempunyai kelajuan sehingga 431km sejam.

Credit: Sinar Harian