Thursday, 13 June 2013

9,300 warga Singapura hidap denggi

Singapura: Singapura berusaha menentang wabak denggi yang semakin buruk dengan mengedarkan bahan pencegah serangga kepada setiap isi rumah dan merekrut ratusan pegawai pengawal penyakit, kata pihak berkuasa semalam.

Dua rakyat republik itu maut akibat wabak itu setakat tahun ini dan kes mingguan mencatat jumlah tertinggi 820 dalam tempoh berakhir 8 Jun, kata Agensi Persekitaran Nasional (NEA) dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat kelmarin. 

Lebih 9,300 orang dijangkiti tahun ini sehingga kelmarin, menghampiri jumlah 13,984 pada 2005, tahun paling buruk dalam rekod, dedah data rasmi.

NEA berkata, pegawainya dan sukarelawan akan mengagihkan 1.2 juta bahan pencegah serangga kepada semua isi rumah di pulau yang dihuni lima juta orang itu mulai Julai ke Ogos tahun ini. - AFP

No comments:

Post a Comment