Friday, 7 June 2013

Tragedi Jambatan Kedua: Polis temui mayat dalam keadaan tunduk di bahagian pemandu

Tragedi Jambatan Kedua: Polis temui mayat dalam keadaan tunduk di bahagian pemanduAnggota bomba membawa masuk pengusung ke lokasi kejadian runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang, hari ini. - Foto Danial Saad
Geogetown: Polis sahkan menemui mayat seorang lelaki berusia 40-an di dalam timbunan runtuhan jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, sebentar tadi.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pasukan penyelamat menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di bahagian pemandu.


"Adik mangsa dalam perjalanan ke sini untuk membuat pengecaman sama ada mayat itu adalah abangnya. 



"'Kita ada menerima laporan berhubung kehilangan anggota keluarga dari seorang individu di Batu Maung," katanya sebentar tadi.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya menemui satu mayat dalam timbunan runtuhan konkrit itu.

"Usaha untuk mengeluarkan mayat yang tersepit sedang dijalankan. Kita menghadapi sedikit kesulitan berikutan timbunan konkrit dan besi yang masih berada di tempat kejadian," katanya.

No comments:

Post a Comment