Google+ Followers

Saturday, 15 June 2013

Temui kereta terbenam 6 meter




GEORGETOWN - Pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis  Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang menghempas jalan raya membentuk kawah berikutan runtuhan penebat Kilat.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 5.20 petang ini.
 
Menurutnya, pekerja pembersihan menjumpai bahagian depan kereta itu dan enjin yang mempunyai nombor casis.


Temui kereta terbenam 6 meter
 
Sebelum ini, pihak polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki berusia 44 yang dipercayai hilang pada hari kejadian keruntuhan rod penebat kilat menara UMNO, di Jalan Macalister, Khamis lalu.
 
Difahamkan, lelaki itu juga menaiki kereta jenis yang sama pada masa kejadian.
 
Keluarga mangsa turut berada dilokasi kejadian menunggu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan sehingga kini.
 
Sinar Harian difahamkan, masa kejadian mangsa dalam perjalanan untuk membawa anaknya pulang dari sebuah sekolah dekat situ.
 
Mangsa dipercayai tidak pulang dan dipercayai hilang selepas hari kejadian.


Credit: ISKANDAR OTHMAN & GOKINA MORGANAN