Wednesday 5 June 2013

Sarjan, dua koperal didakwa atas tuduhan membunuh tahanan lokap

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis seorang berpangkat Sarjan dan dua koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh tahanan dalam lokap, N Dhamenderen pada 21 Mei lalu. 

Bagaimanapun, Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Nahar Abdul Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswasdi Zamri Shaari, 32, mengangguk kepala dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di depan Majistret Nur Al-Minatul Mardiah Md Nor sebentar tadi.
Kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama. 


Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk sebutan kes dan menunggu laporan bedah siasat.

No comments:

Post a Comment