Monday, 17 June 2013

Remaja Tenom lemas tergelincir di sungai

TENOM - Hajat seorang remaja untuk memancing ikan di sebuah sungai tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas dalam kejadian di Sungai Pangi, Batu 26 dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Idris Pamiang, 18 dikatakan pergi ke sungai tersebut berseorangan untuk menghabiskan cuti hujung minggu dengan memancing ikan.
Bagaimanapun, ketika cuba untuk menyeberangi sungai, mangsa telah tergelincir sebelum terjatuh dan dihanyutkan arus deras.
Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang menyedari kehilangan mangsa selepas tidak pulang ke rumah terus membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K. Ramin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 7.30 petang. -

No comments:

Post a Comment