Google+ Followers

Sunday, 9 June 2013

MARI BERAMAL....



"Sebagai ibu bapa atau pendidik, amat malang jika kita mempunyai ilmu yang tinggi namun tidak dikongsi kepada orang ramai. 

Jika kita memperoleh sesuatu ilmu yang baik walaupun sedikit, gunalah ilmu itu untuk kita berfikir. 

Janganlah menjadi orang yang banyak ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu yang ada.

Ada juga yang mengamalkan ilmu, tetapi tidak ikhlas dan bertujuan untuk menyombong diri dengan ilmu yang dimilikinya. 

Orang yang sebegini sebenarnya merupakan manusia yang paling rugi, baik di dunia mahupun di akhirat".

Dipetik dari Buku Mata Akal Mata Hati, Prof Dr Muhaya keluaran As Sohwah Publication.