Thursday 6 June 2013

Ismail Karim Datuk Bandar Johor Bahru ke-8


Ismail Karim mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Johor Bahru ke 8.
Ismail Karim mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Johor Bahru ke 8.
JOHOR BAHRU: Ismail Karim hari ini dilantik sebagai Datuk Bandar Johor Bahru ke-8.

Majlis pelantikan beliau dibuat di hadapan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latiff Bandi dan Ahli-ahli Majlis MBJB di Dewan Mesyuarat MBJB, di sini hari ini.

Ismail memulakan khidmat dengan Kerajaan Negeri sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah (Pendaftaran) bermula 5 Januari 1982 dan jawatan terakhir yang disandangnya sebelum menjadi Datuk Bandar adalah Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Beliau berkata, perkhidmatan yang mesra rakyat dan mempermudahkan urusan berlandaskan garis panduan dan polisi yang sudah ditimbalguna akan menjadi pendekatan kerjanya untuk memacu pembangunan secara lebih berkesan.

“Saya berazam untuk memberikan tahap perkhidmatan yang terbaik kepada semua ‘stakeholder’ melalui sistem urus tadbir yang lebih dinamik dan efisyen,” katanya.



Credit: Hamirul Hairi Mohd Noh   

No comments:

Post a Comment