Saturday 15 June 2013

Hassan Rowhani sah Presiden Iran

Hassan Rohani sah Presiden IranHassan Rohani
TEHRAN: Ulama berhaluan sederhana, Hassan Rohani, dipilih sebagai presiden baru Iran, kata Menteri Dalam Negeri, Mostafa Mohammad-Najjar, yang mengumumkan keputusan pilihan raya menerusi televisyen semalam.

Najjar berkata, 72 peratus daripada 50 juta pengundi yang layak keluar mengundi dan Rohani memperoleh lebih 50 peratus undian yang cukup untuk mengelakkan persaingan di pusingan kedua. 


Selepas 76 peratus undi dikira, Rohani memperoleh 50.8 peratus undi dan ia mencukupi untuk mengelak pengundian pusingan kedua pada 21 Jun jika angka itu kekal hingga tamat kiraan undi. 

Pencabar terdekat Rohani ialah Datuk Bandar Tehran, Mohammad Baqer Qalibaf, yang menerima 15.6 peratus undi.

Pilihan raya paling demokratik Calon lain memperoleh sokongan undi lebih rendah termasuk perunding nuklear Iran, Saeed Jalili yang rapat dengan pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei. 

Pegawai pilihan raya tidak memberitahu undi yang dikira dari kawasan mana.

Sehingga lewat kelmarin, peratus pengundi yang mengambil bahagian dilaporkan melebihi 70 peratus. 
Laporan mengenai sokongan kepada Rohani dipercaya menyebabkan nilai rial Iran semakin kukuh, menurut laman web yang mengikuti perkembangan mata wang.

Kempen Rohani juga disokong bekas Presiden Akbar Hashemi Rafsanjani selepas beliau disekat daripada bertanding.

“Iran baru mengadakan pilihan raya paling demokratik dan tiada perkara meragukan mengenainya,” kata Rafsanjani dipetik agensi berita Fars.

Rohani menerima satu lagi berita baik apabila bekas Presiden Mohammad Khatami memberi sokongan kepadanya selepas penarikan diri Mohammad Reza Aref. REUTERS

No comments:

Post a Comment