Monday 10 June 2013

AMALAN "TIGA QUL" ELAK DISIHIR

Shah Alam: “Sihir boleh disampaikan melalui pelbagai cara tanpa disedari mangsa. Sekiranya melalui minuman, mangsa tidak akan sedar dia disihir kecuali selepas merujuk kepada pengamal perubatan Islam,”.
Itu kata Pengamal Perubatan Tradisional Islam Al-Banjary Nor Azman Md Derus ketika diminta kejadian menimpa Nurul yang mendakwa dirinya dikawal seorang lelaki digelar Abang Aji selepas dibacakan jampi dan diberi minum air penyeri wajah. Nor Azman berkata, perubatan berasaskan Islam adalah jalan yang terbaik untuk mengubati mangsa sihir dan setiap umat Islam perlu menyiapkan diri dengan mengamalkan ayat al-Quran tertentu bagi mengelakkan disihir.
“Paling mudah, surah tiga Qul mampu menjadi benteng terbaik untuk mengelakkan mana-mana individu terkena perbuatan sihir sama ada dipukau atau melalui makanan,” katanya.


Nor Azman menasihatkan mangsa sihir segara merawat sihir berkenaan sebelum ia menjadi semakin buruk sehingga membahayakan nyawa.

No comments:

Post a Comment