Menelusuri ungkapan al-Quran, kita mendapati lebih daripada 40 kisah yang diceritakan kepada Baginda SAW. Kisah ini merangkumi cerita Nabi-Nabi seperti Ibrahim, Musa, Isa, Sulaiman dan Nabi lain yang tidak diceritakan.
Firman Allah SWT bermaksud: Sesungguhnya Kami mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu (Muhammad), antara mereka ada yang diceritakan padamu dan ada juga yang tidak diceritakan. (Surah Qasas, ayat 78)
Sudah pasti apa yang diceritakan membawa pengertian amat luas dan memerlukan penelitian mendalam. Tidak mungkin segala kisah yang dipaparkan hanya sekadar kisah untuk pengetahuan Baginda semata-mata tanpa mesej yang boleh dijadikan pengajaran.
Fadilat al-Quran
Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mendapat pelajaran dan hikmah kerana al-Quran dianggap lautan ilmu tidak bertepi. Firman Allah SWT bermaksud: Ambillah pelajaran daripada kejadian itu wahai orang yang bijak. (Surah al-Hasyr, ayat 2)
Antara dirakamkan ialah kisah dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil, kisah Maryam, Ashabul Kahfi, Jalut dan Talut, Uzair, Bani Israel serta Zulkarnain. Kisah yang masyhur dalam al-Quran ialah kisah dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil dalam surah al-Maidah.
Jika diteliti kisah itu, menggambarkan perselisihan antara keluarga adalah kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Ia memerlukan pertimbangan yang baik untuk meneruskan hubungan kekeluargaan.
Kita juga melihat hubungan silaturahim antara manusia penting dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Pertumpahan darah dilarang keras oleh Allah SWT. Segala-galanya berpunca daripada enam penyakit jiwa yang menyebabkan perilaku yang luar daripada norma kemanusiaan.
Penyakit jiwa perlu dihindarkan ialah sombong, hasad dengki, bakhil, tamak haloba, degil dan marah. Inilah enam sifat yang melengkapkan peristiwa Qabil dan Habil sehingga berlaku pertumpahan darah pertama dalam sejarah manusia.
Kisah Nabi Sulaiman memaparkan perkembangan teknologi yang menjadi bukti kemahiran manusia ketika itu.
Firman Allah SWT bermaksud: Ketika Balqis memasuki istana Sulaiman, maka dilihatnya lantai umpama kolam air yang besar dan Balqis menyingkap kedua-dua betisnya kerana menyangka ia adalah kolam. (Surah an-Naml, ayat 44)
Ini menunjukkan kebijaksanaan Sulaiman dalam teknologi pembangunan sehingga mengelirukan pandangan Balqis. Sulaiman mencipta tamadun selaras dengan pembangunan jiwa kerana pembangunan fizikal yang mengabaikan pembangunan spiritual adalah pincang.
Ini jelas dalam kenyataan Sulaiman melalui firman Allah SWT bermaksud: Ya Allah limpahkanlah kurniaan-Mu supaya aku bersyukur di atas segala nikmat-Mu dan menunaikan kewajipan yang diredai. (Surah an-Naml, ayat 19)
Kisah Maryam adalah panduan untuk remaja perempuan berumur 15 hingga 23 tahun kerana usia inilah remaja mencari tempat untuk berkongsi kasih. Kepada siapakah luahan kasih yang sebenar bagi seorang remaja melainkan Allah SWT.
Kehebatan Maryam
Kehebatan Maryam di sisi Allah SWT adalah kekuatan amalan ibadat yang ada padanya. Surah yang diabadikan atas nama Maryam dalam al-Quran adalah kemuncak penghormatan Allah SWT terhadap semua remaja Islam yang mampu bertahan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Cita-cita Maryam untuk melihat anaknya memakmurkan Masjid al-Aqsa adalah amalan terpuji dan generasi yang berjaya mestilah mempunyai ikatan dengan masjid. Mereka juga mestilah kuat dalam menghadapi ujian Allah.
Kisah Talut dan Jalut pada ayat 249, surah Baqarah, menggambarkan manusia berkualiti adalah mereka yang terpilih selepas mendapat kelulusan terhadap perintah dan larangan Allah SWT. Sifat pengecut yang ada pada sebahagian besar Bani Israel ketika bersama Musa adalah gambaran faktor kegagalan dalam kehidupan seseorang.
Musa sendiri ditarbiah oleh Allah SWT dengan kekuatan serta keberanian kerana ia salah satu sifat seorang pemimpin berjaya. Musa dilahirkan untuk memimpin Bani Israel dengan sifat kepemimpinan yang tinggi.
Keberanian seorang remaja bernama Daud pada ketika itu juga telah dapat membunuh Jalut serta bala tenteranya. Keberanian inilah akhirnya telah membawa Daud kepada warisan takhta melalui Nabi Sulaiman.
Kisah Nabi Uzair seperti dirakamkan pada ayat 259, surah al-Baqarah adalah formula pembangunan negara dan umat setelah kehancuran Baitulmaqdis selepas peninggalan Sulaiman. Kekuasaan Allah menghidupkan semula jasad dan jiwa yang mati.
Ia dikuatkan dengan kisah Ibrahim apabila Allah SWT memperkenalkan permintaan Baginda untuk mengetahui bagaimana manusia dihidupkan semula. Kedua-dua peristiwa ini datang selepas datangnya ayat 225 surah al-Kursi.
Kisah ini melarang kita berputus asa di mana Uzair berusaha menghidupkan semula bumi yang sudah hancur musnah. Ia menggambarkan harapan tetap ada untuk umat membangun dan memakmurkan sesebuah negara atau jiwa yang telah mati.
Segala pembangunan ini mestilah melalui pengorbanan dan usaha, ditambah keyakinan terhadap Allah SWT serta janji-Nya.
Ashabul Kahfi mengingatkan kita supaya tidak menghina kemampuan diri masing-masing. Orang kebanyakan juga mampu merubah keadaan kepada lebih baik tanpa melihat kedudukan dan pangkat. Umur yang muda juga mampu merubah kerana mereka ingin melihat perubahan kepada dunia.

No comments:
Post a Comment