Monday, 3 June 2013

10,000 penduduk redah jalan balak

Belaga: Lebih 10,000 penduduk dari 300 rumah panjang di kawasan Hulu Rejang berdepan masalah pengangkutan selepas perkhidmatan bot ekspres dari Bakun ke Kapit dihentikan sementara, susulan nahas bot ekspres 28 Mei lalu. 

Penduduk yang mahu ke Kapit, Sibu atau Bakun terpaksa menempuh laluan jarak jauh menerusi jalan balak ke Bintulu terlebih dulu, kira-kira empat jam atau menggunakan perkhidmatan bot ekspres di Pelagus sebagai laluan alternatif.


Langkah pemberhentian khidmat bot ekspres ke Bakun dibuat pengusaha bot sendiri susulan tragedi bot karam di Jeram Giam Bungan, Sungai Rajang itu, dan bukan atas arahan pihak berkuasa. 


Projek jalan raya 

Ahli Parlimen Hulu Rejang, Wilson Ugak Kumbong, menyifatkan tragedi itu cabaran besar baginya selepas 22 hari bergelar wakil rakyat. 

Sejak hari pertama kejadian sehingga semalam (kelmarin), saya berada bersama anggota pasukan misi mencari dan menyelamat di lokasi nahas bagi memberi sokongan moral serta menyertai operasi. 

Saya harap kerajaan dapat menyegerakan projek jalan raya di kawasan ini, katanya ketika dihubungi BH, semalam. 
Ugak berkata, operasi menyelamat tertangguh dua hari sejak 1 Jun lalu berikutan kerosakan kren dan dijangka bersambung hari ini selepas kren baru dari kawasan pembalakan Bakun tiba. 

Katanya, bantuan kren kem pembalakan Bakun lebih praktikal kerana berdekatan dengan lokasi bot tenggelam. 

Saya harap syarikat pembalakan dapat memberi kerjasama supaya operasi boleh ditamatkan secepat mungkin, katanya.


Credit: Muhd Amirul Faiz Ahmad/BH

No comments:

Post a Comment