Saturday 9 March 2013

‘Wajah mereka bengis’


Lahad Datu: “Saya lihat wajah enam orang yang berkawal itu bengis dan berdiri tegak mengelilingi Raja Muda Agimuddin Kiram yang ketika itu berjubah putih dan merenung tajam melihat kami yang berunding dengan anak buahnya,” kata seorang penduduk Kampung Tanduo, di sini, yang turut serta bersama empat anggota polis daripada Unit Cawangan Khas ketika mengadakan rundingan dengan pengganas berkenaan, sebaik mereka tiba di kampungnya.

Lelaki berusia 48 tahun itu fasih berbahasa Suluk diajak empat anggota polis berkenaan membantu berunding dengan kumpulan pengganas terbabit bagi memujuk mereka pulang ke Filipina.



“Keadaan ketika itu sedikit tegang apabila mereka berkeras tak mahu berganjak dari kampung ini dan mendakwa ingin menuntut semula tanah yang dikatakan milik nenek moyang mereka. 

“Saya hanya sempat mengikuti dua rundingan iaitu pada 13 dan 14 Februari lalu, namun menemui jalan buntu kerana kumpulan terbabit tetap berkeras enggan keluar dari kampung berkenaan,” katanya.
Foto
PENDUDUK Kampung Tanjung Labian yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan selepas diarahkan pihak keselamatan.

Agimuddin Kiram yang mendakwa Raja Muda Sulu dipercayai mengetuai ratusan pengganas menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu, adalah adik kepada Jamalul Kiram III, individu yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu.

Credit:  HMetro

No comments:

Post a Comment