Friday 15 March 2013

PI BALA MENINGGAL DUNIA



SHAH ALAM - Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, yang menjadi perhatian ekoran pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu tujuh tahun lalu, meninggal dunia hari ini dipercayai kerana masalah jantung.

Mendiang pulang ke tanah air beberapa minggu lalu selepas menetap di luar negara sejak 2008.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, Balasubramaniam meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Sg Buloh kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Menerusi Twitternya, beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi PKR berkata,mendiang yang lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia kerana serangan jantung.

Katanya, mendiang yang dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) minggu lalu mengalami masalah pernafasan di rumahnya petang ini.

Semasa beliau dimasukkan ke SJMC minggu lalu, beliau disahkan mengalami masalah tiga saluran tersumbat dan separuh daripada jantungnya berhenti berdenyut sehingga memaksanya 'berehat' daripada berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mendiang juga merupakan individu penting dan berperanan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes Altantuyaa.


Credit: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment