Tuesday 19 March 2013

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohon Maaf Kepada Khalid


Ahmad Said Hamdan
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes saman fitnah.
Pada Isnin, kedua-dua pihak bersetuju kes fitnah yang difailkan Khalid terhadap SPRM dan dua yang lain mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa diselesaikan di luar mahkamah.
"Saya memohon maaf di atas kenyataan yang dibuat dan disiarkan oleh media pada 2009," kata Ahmad Said di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan di mahkamah terbuka pada Selasa.
Beliau berkata kenyataan itu dibuat atas kapasiti beliau sebagai pesuruhjaya SPRM sebagai respons kepada soalan yang dibangkitkan media dalam siasatan terhadap Khalid.
"Kenyataan itu dibuat tanpa niat jahat dan tidak bertujuan untuk merosakkan reputasi, imej dan integriti plaintif (Khalid)," katanya.
Peguam yang mewakili Khalid, S.N.Nair memberitahu mahkamah bahawa permohonan maaf Ahmad Said akan disiarkan di muka depan akhbar The Star dan New Straight Times selama empat hari bermula Selasa.
Khalid dan Ahmad Said dilihat berjabat tangan selepas prosiding di mahkamah.

Credit: QishinTariq

No comments:

Post a Comment