Thursday 14 March 2013

MUSUH BERSEMBUNYI DIRUMAH PENDUDUK

Semporna: Kumpulan pengganas Sulu dipercayai berselindung di sebalik kediaman beberapa penduduk tempatan bagi mengelak ditahan pasukan keselamatan Ops Daulat.



Taktik itu dikesan selepas sepasukan polis Komando VAT69, Unit Tindakan Khas (UTK) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu perkampungan rumah atas air Kampung Bangau-Bangau, awal pagi semalam.




Dalam serbuan itu, enam lelaki ditahan termasuk seorang dipercayai suspek utama pengganas Sulu. 



Difahamkan, kumpulan terbabit memasuki kampung berkenaan sejak beberapa hari lalu dan cuba mendapatkan perlindungan daripada orang hubungan yang sudah berada lama di kawasan itu.


Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, berkata serbuan dilakukan dengan pengawalan ketat seluruh kawasan kampung oleh pasukan komando bagi mengelak kejadian serang hendap seperti di Kampung Simunul pada 2 Mac lalu berulang.


“Pasukan kita memantau pergerakan suspek sejak awal pagi sejurus menerima maklumat penduduk tempatan mengenai kehadiran lelaki mencurigakan di kediaman datuknya.



Enam ditahan.

“Hasil serbuan jam 6 pagi itu, kita menahan enam lelaki berusia antara 30 hingga lewat 50-an, termasuk suspek utama.

“Kita tidak menolak kemungkinan dia berselindung di kawasan itu selepas serangan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota polis,” katanya.


No comments:

Post a Comment