Friday, 15 March 2013

SIAPA DISEBALIK INSIDEN "SULU" DI SABAH

Analisis Covert Operation "THE HIDDEN HAND - CIA"

Terdapat satu laporan mengenai sebuah kapal perang Amerika USS Guardian telah 'terkandas' di kawasan terumbu karang Tubbuhata di laut Sulu sejak sejak 17 Januari 2013, 24 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu bermula.


Menurut satu sumber, kapal perang tersebut sebenarnya 'sengaja' belayar keluar dari laluan asalnya kerana sememangnya agak pelik bagaimana kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger dikatakan telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. 




Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.

Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah(?). - (info penuh, Sumber)

Persoalan :
~ Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh kapal perang USS Guardian yang terkandas di terumbu karang tersebut?Adakah kapal tersebut benar-benar terkandas ataupun kejadian itu adalah satu perancangan rapi yakni 'covert operation' CIA terhadap Sabah dan Malaysia?
~ Dari manakah Jamalul Kiram III memperolehi sumber kewangan untuk memperlengkapkan 'pasukan pengganasnya' dengan senjata-senjata?Adakah insiden kapal perang 'tersadung' ini sebenarnya hanya satu sandiwara, yang sebenarnya sedang membawa bekalan senjata untuk diberikan kepada kumpulan pengganas kiram?Ini adalah kerana difahamkan Jamalul Kiram III ini sendiri menggelarkan dirinya sebagai 'sultan yang paling miskin di dunia'.Insiden pencerobohan Lahad Datu ini semestinya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan.Adakah Amerika yang bertanggungjawab dalam membiayai pencerobohan pengganas kiram tersebut?

Serangan 11 September di US terjadi hanya selepas 8 bulan George Bush berkuasa dalam penggal pertamanya sebagai presiden.'The Luciferians'(Illuminati/The Hidden Hands) perlu mencipta satu krisis keselamatan dan keganasan untuk 'memujuk' rakyat Amerika supaya menerima NWO (New World Order).Oleh itu mereka mencari bangsa manakah yang patut di'kambing hitam'kan sebagai mangsa, dan mereka melihat orang ARAB sebagai calon yang sangat sesuai memandangkan bangsa Arab adalah bangsa yang paling tidak disukai oleh golongan kulit putih Amerika seperti yang telah dipopularkan melalui filem-filem Holywood mereka.

Ini kelihatan serupa dengan apa yang berlaku sekarang memandangkan orang Tausug (Suluk) di Sabah adalah merupakan bangsa yang paling tidak disukai oleh kebanyakan penduduk tempatan Sabah. 


CIA yang pernah membiayai beberapa orang Arab untuk mencetuskan keganasan dan menyalakan sentimen dan kali ini mereka (CIA) juga telah membiayai 300 militan Tausug ini untuk menjadi terrorist di Sabah(?)").


Foto: Kapal Perang USS Guardian America Terkandas diTubbuhata di laut Sulu.

Credit: VAT 69 - Perjuangan Semalam

No comments:

Post a Comment