Tuesday 19 March 2013

Hormat ibu bapa, guru untuk cemerlang


Johor Bahru: Sentiasa menghormati ibu bapa dan guru selain menunaikan solat hajat antara rahsia kejayaan Nurul Huda Mohd Farith, 20, yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 diumumkan, semalam.
Anak kepada pasangan jurutera dan guru dari Taman Bukit Kempas itu meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.92 dengan memperoleh 3A dan 1A- iaitu A bagi mata pelajaran Pengajian Am, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta A- bagi Perakaunan. 
Anak kelima daripada sembilan beradik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sultan Ibrahim di sini, berkata, ibu bapa dan guru menjadi pendorong untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
“Kita perlu hormat orang lebih tua terutama guru yang mendidik kita di sekolah. Bagi saya, keberkatan ilmu di bawah keredaan guru.
“Saya bukanlah pelajar yang sering mencapai kedudukan pertama dalam kelas, malah sering belajar pada saat akhir.
“Bagaimanapun, saya kerap membuat latihan dan merujuk dengan ibu yang juga guru ekonomi di sebuah sekolah menengah di Skudai,” katanya.

No comments:

Post a Comment