Google+ Followers

Monday, 11 March 2013

RAKYAT INDONESIA TURUT DIPINDAHKAN


TAWAU 11 Mac - Seramai 193 warga Indonesia yang turut berada di dalam kawasan zon merah di Felda Sahabat 17 telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Lahad Datu, dekat sini.

Kepala Pemerintah Konsulat Republik Indonesia di Tawau, Muhammad Soleh berkata, tindakan itu adalah bagi mematuhi arahan pihak berkuasa agar orang awam menjauhi kawasan tersebut.

Photo: Kesian ... rakyat Sabah yg jadi mangsa ...

Katanya, kesemua warga Indonesia tersebut terdiri daripada 108 tenaga kerja, 25 kaum ibu dan 60 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Embara Budi, Lahad Datu.

"Saya menasihatkan rakyat Indonesia yang berada di dalam kawasan tersebut agar bertenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak keselamatan Malaysia. Jika memerlukan sebarang bantuan, mereka juga diseru agar berhubung dengan pihak konsulat," katanya.