Tuesday, 12 March 2013

Lahad Datu: Satu pengalaman


Photo: POLIS PERCAYA 15 PENCEROBOH MILITAN TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN 1 MAC DI KAMPUNG TANDUO

Lahad Datu, 12 Mac - Pasukan keselamatan percaya 15 anggota penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo 1 Mac lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sehubungan itu polis akan memeriksa semula kawasan kubur yang ditemui di kampung itu pada 6 Mac, yang turut menyaksikan polis menemui 12 mayat penceroboh.

"Sebelum ini kami jumpa sembilan mayat di dalam sebuah kubur dan berdasarkan maklumat baru itu, kami percaya terdapat kubur lain di kawasan itu," katanya pada sidang akhbar pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak akan mengeluarkan mayat-mayat di dalam kubur itu kerana ia telah mereput.

Sementara itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mengeluarkan satu lagi mayat dari Kampung Tanjung Batu semalam, menjadikan 23 jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan setakat ini.

"Saya juga sahkan satu daripada 23 mayat itu ialah seorang jeneral dikenali sebagai Musa yang mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan dalam tempoh 24 jam lepas.

"Tumpuan Operasi Daulat yang masuk hari kelapan hari ini ialah Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar membantu pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat untuk membanteras kumpulan pengganas militan yang berkubu di Kampung Tanduo sejak 12 Feb lepas.

Sejak insiden pencerobohan pengganas itu, lima anggota polis cedera manakala lapan lagi terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac.- BERNAMA

Sejak berita Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh pengganas diketuai Jamalul Kiram III yang mendakwa daripada keturunan Sultan Sulu tercetus 12 Februari lalu, ia mencemaskan banyak pihak. 

Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara aman dan makmur, tiba-tiba menjadi tarikan dan perhatian seluruh dunia. Tiba-tiba saja berita mengenai pencerobohan daripada kumpulan yang didakwa mewarisi keturunan Sulu itu menjadi berita utama akhbar dan stesen televisyen terkemuka antarabangsa. 

Laman web, blog dan segala bentuk media sosial begitu aktif menyiarkan pelbagai maklumat yang sesetengahnya tidak bersumber dan tidak beretika. 

Photo: Polis sahkan 6 suspek ditahan di Kg. Bangau-bangau

SEMPORNA 12 Mac - Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam... jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu.

Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan. - BERNAMA

Bagi penduduk Lahad Datu dan seluruh rakyat negara ini, mereka tidak memerlukan tumpuan dunia hanya disebabkan bumi negara ini diceroboh. Ia bukanlah publisiti yang diharapkan kerana ia boleh menimbulkan persepsi tidak baik ke atas negara. 


Peristiwa itu menyusahkan hidup penduduk Lahad Datu, malah menghantui pemikiran setiap rakyat yang cintakan keamanan. Paling ditakuti peristiwa itu mengancam nyawa sesiapa saja di Lahad Datu, malah di tempat lain juga. 

Mengambil contoh sikap militan pengganas di serata dunia, mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita mereka. Dengan meletakkan mereka sebagai kategori pengganas, bermakna kumpulan ini juga tidak ada bezanya. 

Mereka berpotensi boleh bertindak secara militan kerana sememangnya dilatih secara militan. Melihat kepada senjata yang dirampas dan tindakan nekad mereka ke atas pasukan keselamatan yang mereka lakukan, adalah jelas kumpulan ini adalah pengganas yang berbahaya. 

Photo: Ops Daulat - Malaysia Troops in combat fire fight


Ambil tindakan ketenteraan 


Pada peringkat awal juga, mereka yang tidak jelas dengan tindakan pasukan keselamatan menganggap pihak berkuasa terlalu berlembut dengan pengganas berkenaan. 


Hakikatnya, rundingan yang dijalankan meminta mereka meninggalkan Lahad Datu, adalah semata-mata percubaan untuk mengelakkan berlaku pertumpahan darah. Hanya setelah menyedari rundingan tidak meninggalkan positif, tidak menggempur terpaksa diambil. 

Sudah tentulah, setelah tempoh yang diberikan supaya mereka berundur beberapa kali disambung, namun mereka masih berkeras, tindakan ketenteraan adalah jalan penyelesaian terakhir. 
Photo: Kesian ... rakyat Sabah yg jadi mangsa ...

Sejak hari pencerobohan itu, penduduk Lahad Datu tidak berani keluar rumah sewenang-wenangnya. Ibu bapa resah jika anak pulang lewat, begitu juga anak asyik menunggu di depan pintu kepulangan ayah mereka.

Berikutan berita angin yang begitu cepat merebak selepas hari pertama peristiwa pencerobohan itu berlaku, orang ramai berpusu-pusu membeli barang keperluan sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kejadian lebih buruk berlaku. 

Penduduk bukan saja bimbang keluar rumah tetapi anak-anak mereka juga tidak dapat ke sekolah sewaktu kebimbangan memuncak. Pejabat terpaksa ditutup, manakala peniaga juga tidak berani berniaga tanpa jaminan keselamatan. 

Ibu bapa bimbang menghantar anak-anak ke sekolah walaupun jaminan dibuat keadaan adalah terkawal. Ketika itu berita angin yang cenderung kepada maklumat yang menakutkan, tersebar dengan meluas. Biasanya, dalam keadaan masyarakat mencari maklumat yang tepat, berita angin paling cepat tersebar. 

Photo: Ops Daulat

11/03/2013


Kebimbangan keluarga 

Hari ini beribu-ribu anggota polis berada di sekitar Lahad Datu. Ini bermakna beribu keluarga mereka di seluruh negara juga bimbang keselamatan mereka tidak kiralah sama sama ada anggota keselamatan itu suami, anak, bapa, abang atau adik yang berada di kawasan konflik itu. 


Jika anggota keselamatan tidak boleh tidur kerana berkawal, keluarga mereka juga sukar melelapkan mata kerana bimbang keselamatan mereka. Dengan melihat mayat anggota keselamatan yang terbunuh setelah rundingan buntu tempoh hari, kebimbangan keluarga mereka meningkat. 


Kesan psikologi ini amat berat ditanggung. Kerajaan berharap isu pencerobohan itu diselesaikan segera kerana tidak mahu menyusahkan rakyat begitu lama. Sudah tentulah untuk membersihkan kawasan itu memerlukan anggota keselamatan sama ada daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ramai bilangannya. 

Photo: jelingan maut menanti tiba musuh durjana!!

Jika ada pihak menggembar-gemburkan bilangan pasukan keselamatan lebih ramai daripada musuh, ia adalah semata-mata kerana kerajaan mahu menamatkan konflik itu dengan segera, walau apa juga kosnya. Untuk tujuan itu, kerajaan membentuk kawasan keselamatan khas membabitkan enam daerah di Sabah kawasan dari Kudat ke Tawau merangkumi Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan Kunak dengan kawasan pantai sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah. 

Photo: NORAZIAH BERAT HATI TINGGALKAN PUSARA SUAMI UNTUK PULANG KE PERAK

Besut, 9 Mac - "Berat hati saya untuk meninggalkan kubur abang
untuk balik ke Perak hari ini setelah seminggu berdoa, membaca Yasin dan menyiram air bunga di pusaranya," kata Noraziah Nor, balu Allahyarham ASP Zulkifli Mamat.

Begitulah kata-kata balu beranak dua ini mengenai suami tercinta yang terkorban dalam insiden pencerobohan kumpulan militan di Lahad Datu, Sabah, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Allahyarham Zulkifli, 30, iaitu anggota polis komando VAT 69, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, terkorban manakala tiga lagi anggota cedera.

Noraziah yang ditemani kakak iparnya, Aishah Mamat, 32, yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, ditemui Bernama selepas menziarahi kubur suaminya di Tanah Perkuburan Gong Bayor di sini sebelum pulang ke Perak.

Sejak Sabtu lepas, Noraziah, 28, seorang guru pelatih, menziarahi pusara suaminya setiap pagi dan tinggal di rumah ibu mertuanya Khatijah Ismail di Kampung Kubang Ikan di sini, kira-kira 1 kilometer dari tanah perkuburan itu.

Beliau berkata ibu mertuanya akan turut bersama pulang ke rumahnya di Taman Putra Sentosa, Bandar Baru Putra, Ipoh, bersama dua anaknya, Noor Aqma Amiruddin, 5, dan Noor Muhammad Akhil, 1.

Noraziah berkata beliau berkemungkinan tidak meneruskan praktikal mengajarnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan, Ipoh kerana akan bertugas di Kangar, Perlis berdasarkan surat yang dikirimkan kepadanya oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar atas arahan Perdana Menteri.

"Malah Isnin ini saya akan ke Kuala Lumpur pula bagi memenuhi undangan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor," katanya.

Apabila ditanya tentang sumbangan yang bakal diterimanya, Noraziah yang sedang mengandung anak ketiga, berkata beliau akan memenuhi hasrat arwah suaminya sebelum meninggal dunia untuk membaiki rumah kediaman ibunya di Kubang Ikan terlebih dahulu.

"Selepas itu saya akan mengupah haji untuk Abang Zul dan menderma al-Quran ke Masjidil Haram sebagaimana hasrat beliau sebelum meninggal," katanya.

Selain itu, semua sumbangan yang diterima akan disimpan untuk perbelanjaan masa depan anaknya.

Lima batalion tambahan angkatan tentera dan polis akan ditempatkan di lokasi strategik. Semua ini dilakukan kerana bimbang peristiwa di Lahad Datu ini berlarutan yang akhirnya menimbulkan masalah kepada rakyat. 

Photo: Saturday, 9 March 2013
TERKINI...Wanita Juga Antara Di Tahan Dalam Operasi LAHAD DATU !!!

Lahad Datu: Lebih 70 individu termasuk wanita, sebahagiannya dipercayai rakyat tempatan ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

Mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) yang digubal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Penahanan yang dilakukan di luar kawasan Ops Daulat itu hasil risikan dan serbuan pegawai serta anggota Cawangan Khas Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di beberapa rumah dan premis di seluruh Sabah. Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna dan Kota Kinabalu. 

Ops Daulat diteruskan pada hari keempat semalam, dengan tiga pesawat pejuang dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilihat berlegar di ruang udara pada sebelah pagi bagi memantau dan mengesan pergerakan musuh.

Letupan mortar juga didengari di Kampung Tanduo pada jam 2.30 petang dan 5 petang dipercayai dilepaskan dari kereta perisai pasukan keselamatan.

Tiga mayat pengganas

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di FELDA Sahabat 16, turut menunjukkan gambar tiga mayat pengganas yang dibunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu kelmarin dan baju ketua pengganas berpangkat jeneral. 

Bagaimanapun Ismail berkata, nasib ketua kumpulan pengganas, Agbimuddin Kiram belum diketahui, walaupun seorang daripada yang terbunuh itu memakai pakaian jeneral.

Berdasarkan gambar baju celoreng itu tertera ‘Royal Sulu Army’ tetapi nama pada bahagian depan sebelah kiri baju sudah dipadamkan.

Menurut sumber, persoalan sama ada lelaki dibunuh itu Agbimuddin sukar dipastikan kerana ada kemungkinan adik Jamalul Kiram III mengarahkan anak buahnya memakai baju itu bagi mengelirukan pasukan keselamatan. 

Ismail berkata, semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan enam pegawai dan anggota polis Cawangan Khas yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna, 2 Mac lalu.

“Kami masih menjalankan siasatan sama ada mereka itu pengganas yang diburu pasukan keselamatan kita di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu,” katanya.

Zulkifeli berkata, sehingga petang ini, pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan dakwaan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.

“Kami menghubungi Wisma Putra dan masih tiada berita sejak pagi tadi (semalam)... tiada isyarat (serah diri dan letak senjata) daripada pihak berkenaan. Justeru, Ops Daulat diteruskan,” katanya.

Ditanya sama ada suspek terbabit memiliki MyKad atau dokumen Penduduk Tetap (PR), Ismail berkata: “Kami tidak boleh mengesahkannya kerana masih dalam siasatan.”

Sesungguhnya, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu adalah pengalaman amat berguna kepada kerajaan dan rakyat bagi mengatasi apa juga kelemahan. Ia juga membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia tidak bertolak ansur dengan kegiatan pengganas.

Credit: Meor Kamarul Shahid

No comments:

Post a Comment