Saturday, 16 March 2013

Semangat anggota keselamatan tinggi, terus pertahankan negara

KUALA LUMPUR - Moral serta semangat pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia tetap tinggi untuk mempertahankan keselamatan negara terutamanya buat penduduk di Sabah.

Photo: Lepas "tea break" kita ..... TAT TAT TAT TAT AT balik !!!! Yeeehaa

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, PDRM akan membuat penambahan anggotanya di beberapa balai polis yang terletak di pesisiran pantai timur di negeri tersebut.

"Apabila saya tanya tentang semangat mereka (anggota keselamatan), mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk meneruskan operasi mengesan dan menjejaki musuh di sini.
Photo: Sambil layan Memburu Impian skod !
Ku jejak
jalan yg berliku
membara jiwaku
memburu impian
Ku renang lautan gelora
biarpun tersadai
di hujung dunia
akan ku tempuhi segala rintangan
biarpun rebah ku bangun sendiri

"Kita akan buat penambahan anggota daripada jabatan lain untuk sementara waktu sehingga penambahan kekal dapat dilaksanakan. Ini penting bagi memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa mereka adalah selamat," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, yang disiar secara langsung pagi ini.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu manakala 56 musuh ditembak mati.

Hamza berkata, pasukan keselamatan akan memberi tumpuan di kawasan Sungai Bilis serta kerja pembersihan dan mengeluarkan mayat di Kampung Tanjung Batu, Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo diteruskan pagi ini.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan operasi serta kita juga minta bantuan orang ramai dalam menyalurkan maklumat dan menghargai kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat kepada pasukan keselamatan," katanya.
Photo: Sebelum berhenti, sempat jugak ambik gambar tuh

Mengulas lanjut tentang keadaan di Lahad Datu dan Semporna beliau berkata, keselamatan di kawasan tersebut kembali normal dan aktiviti harian berjalan seperti biasa.

Sementara itu anggota Parlimen Silam, Dr Salleh Kalbi berkata aktiviti orang awam berjalan seperti biasa serta keadaan pelajar dan guru di beberapa sekolah yang baru dibuka juga dalam keadaan baik dan selamat.

"Keadaan dan kesesakan di pasar-pasar di kawasan terlibat berjalan seperti biasa. Penduduk juga menjalani aktiviti harian tanpa rasa bimbang.

"Ini menunjukkan tahap keyakinan masyarakat terhadap anggota keselamatan tinggi serta mereka sentiasa menyokong tindakan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan pengganas di sini," katanya.


Photo: "Our ride"

Salleh berkata kerajaan bersetuju untuk penjadualan semula bayaran pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar kepada penduduk yang terjejas.
 

Credit: Sinar Harian/Bernama

No comments:

Post a Comment