Monday 11 March 2013

LAHAD DATU, SEMPORNA KEMBALI NORMAL


Kg Tanduo kini bersih, keselamatan Lahad Datu, Semporna kembali normal


KUALA LUMPUR 11 Mac - Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan di Kampung Tanduo, dan seminggu selepas Operasi Daulat, keadaan di Lahad Datu dan Semporna kembali seperti biasa.

Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir.

Photo: Doa...

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Photo: POLIS NAFI LAPORAN PENCEROBOH DI KOTA KINABALU, TAWAU

Lahad Datu, 8 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari
ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.

Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar.

"Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis
berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak
sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.

"Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas.

Sehingga kini 52 penceroboh militan terbunuh dalam Op Daulat sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu 12 Feb lepas.

Lapan anggota polis terkorban dalam tempoh itu iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam kejadian serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac.- BERNAMA

"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan dan yakin kami boleh mencapainya," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada sidang akhbar pada 4.30 petang ini.

Terdahulu, pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar pada 10.40 pagi berkaitan perkembangan semasa insiden Lahad Datu, Hamza mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Photo: Jabatan air Lahad Datu hantar bantuan ke Felda Sahabat

LAHAD DATU 8 Mac - Jabatan Air Lahad Datu hari ini menghantar bantuan kepada penduduk kampung yang dipindahkan di Felda Sahabat berikutan pencerobohan pengganas militan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer (km) dari sini.

Jurutera Air Bahagian, Samsul Bahriy Marullah berkata, bekalan air mineral, kuih-muih dan pakaian dihantar ke dewan serbaguna Embara Budi dengan empat kenderaan pacuan empat roda.

"Kami menyertai badan-badan lain yang prihatin menyalur bekalan kepada penduduk kampung, termasuk petugas di sana (Embara Budi)," katanya kepada pemberita semasa melepaskan konvoi penghantaran bantuan itu di sini.

Samsul juga berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil menyumbang bantuan untuk kira-kira 1,850 penduduk yang dipindahkan ke Embara Budi dan Fajar Harapan di Felda Sahabat, termasuk pasukan keselamatan yang bertugas dalam Op Daulat.

Penduduk yang dipindah ialah dari Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu. - BERNAMA

Sementara itu, lima sekolah di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula hari ini. Hanya tiga sekolah di kawasan zon merah masih ditutup.

Bagaimanapun, Hamza mengingatkan masyarakat agar tidak menghampiri kawasan operasi.

Photo: Selamat Menjalankan Tugas ....

Pasukan keselamatan kini dalam usaha mengeluarkan mayat penceroboh dari Kampung Tanjung Batu, dan sehingga petang ini, 22 mayat dikeluarkan dan 18 daripadanya dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat lagi ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa (ketua kumpulan penceroboh berpangkat jeneral)," kata Ketua Forensik Operasi Daulat, Asisten Supritendan Hussien Omar Khan.

Photo: Disebalik Tabir Lahad Datu

Mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu, Hamza menafikannya dan berkata, penduduk kampung Tanjung Batu, Labian dan Sungai Bilis telah dipindahkan.

Sejak krisis pencerobohan, lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment