Friday 15 March 2013

MILITAN SULU ADA IC JPN??


Abu Seman Yusop

Pengganas Sulu miliki dokumen


PUTRAJAYA 15 Mac - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menyiasat dakwaan terdapat dalam kalangan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah memiliki dokumen pengenalan diri negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, pihaknya sedang menunggu hasil siasatan menyeluruh berhubung dakwaan tersebut.

"Tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan keadaan tersebut nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPN di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said.

Seramai 337 kakitangan JPN menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada majlis tersebut yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Tabung Wira Negara JPN.

Sementara itu, Abu Seman meminta kakitangan JPN sentiasa mengambil langkah berhati-hati apabila menjalankan tugas mengeluarkan dokumen kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment