Sunday 10 March 2013

POLIS MALAYSIA NAFI KASARI FILIPINA DI SABAH


Lahad Datu: Polis dan masyarakat Suluk menafikan laporan media Filipina kononnya pihak berkuasa mengasari masyarakat negara itu yang bertaraf pelarian dan pendatang tanpa izin di Sabah. 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak sama ada mereka yang mendakwa menjadi mangsa penderaan atau pihak ketiga yang mewakili kepentingan masyarakat berkenaan mengenainya. "Tidak ada.. .kami tidak terima laporan," katanya pada sidang media di Felda Sahabat 16 dekat sini, hari ini. 

Beliau mengulas laporan The Philippine Daily Inquirer hari ini kononnya ribuan masyarakat Filipina di Sabah melarikan diri ke negara asal kerana bimbang menjadi mangsa penderaan polis atas alasan membantu penceroboh dan pengganas. 

No comments:

Post a Comment