Thursday, 14 March 2013

DENDAM KESUMAT SULU FILIPINA


KUALA LUMPUR - Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah berulang pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar kecil).
Justeru, beliau berkata, pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara. Ahmad Zahid menegaskan, inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400 kilometer persegi di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang.
"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat Sulu Filipina).
Photo
"Budaya ini melibatkan keturunan dan berlarutan selama ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," kata beliau di sini semalam.
Photo: vat 69
Ahmad Zahid memberitahu, budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina. Pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu akan berulang pada masa hadapan.
Ditanya adakah Malaysia akan bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina untuk menghapuskan ancaman itu secara terus pada puncanya, beliau berkata, tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.
Photo: Team Medic ATM .... Selamat berjuang ...!
"Kalau kita masuk ke Filipina, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya.
"Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.

No comments:

Post a Comment