Saturday 16 March 2013

Seorang lagi pengganas ditembak mati


LAHAD DATU: Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.
Photo: Lagi tiga mayat pengganas ditemui

LAHAD DATU 15 Mac - Lebih ramai pengganas Sulu dipercayai berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan dalam serangan pertama pada 1 Mac di Kampung Tanduo apabila polis hari ini, menemukan tiga lagi mayat pengganas menjadikan jumlah setakat ini 15.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua mayat berkenaan ditemui dalam tiga kubur yang terletak berhampiran kubur besar tersebut.

"Ini bermakna setakat ini, musuh yang berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam operasi berjumlah 61 orang," katanya dalam sidang akhbar Ops Daulat di sini hari ini.

Turut hadir Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Menurut Hamza, kini pihak keselamatan masih berada di Kampung Tanduo dan meneruskan usaha mengesan jejak musuh yang masih bersembunyi dan mayat yang berkemungkinan belum ditemui di situ.
Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.
Photo: The security forces  are highly motivated to carry on with the operation to hunt down the enemy (terrorists) ...
"Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri," katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.
Photo: OPERASI DAULAT DITERUSKAN SEHINGGA ZON MERAH BERSIH DARIPADA PENGGANAS

Kuala Lumpur, 17 Mac Ahad - Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.

Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan. Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina.

"Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu.

Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan esok.

Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat.

"Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militant dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, gagal.

Dalam tempoh itu, 61 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat pengganas telah dibawa keluar dari zon merah manakala 104 ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, dan 232 ditahan kerana berada di kawasan larangan.

Sembilan anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan seorang tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas itu.

Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak tentera yang dalam konvoi untuk Operasi Daulat. - BERNAMA
Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka.
Photo: Lagi tiga mayat pengganas ditemui

LAHAD DATU 15 Mac - Lebih ramai pengganas Sulu dipercayai berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan dalam serangan pertama pada 1 Mac di Kampung Tanduo apabila polis hari ini, menemukan tiga lagi mayat pengganas menjadikan jumlah setakat ini 15.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua mayat berkenaan ditemui dalam tiga kubur yang terletak berhampiran kubur besar tersebut.

"Ini bermakna setakat ini, musuh yang berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam operasi berjumlah 61 orang," katanya dalam sidang akhbar Ops Daulat di sini hari ini.

Turut hadir Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Menurut Hamza, kini pihak keselamatan masih berada di Kampung Tanduo dan meneruskan usaha mengesan jejak musuh yang masih bersembunyi dan mayat yang berkemungkinan belum ditemui di situ.
"Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat," katanya.

No comments:

Post a Comment