Google+ Followers

Sunday, 10 March 2013

OP DAULAT: TIADA TANDA LETAK SENJATA


Photo: Mintak Nyawa ....

Sayangi negara .... Jangan jadi talibarut pengganas sulu .....
Lahad Datu: Pengganas Terus Digempur, Tiada Tanda Letak Senjata.

KUALA LUMPUR: Op Daulat yang memasuki hari keenam pada Ahad menyaksikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina terus digempur kerana tiada tanda mereka mahu menyerah diri sejak menceroboh Sabah 26 hari lepas.
Kumpulan penceroboh sebaliknya bertindak agresif sehingga menyebabkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam insiden berbalas tembakan yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu malam Sabtu.
Tindakan itu mendapat reaksi segera Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang menyifatkan kumpulan pengganas itu tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.
Photo: Adik2 jangan takut ..... abang hado ...!
Susulan itu, pasukan keselamatan membabitkan polis dan angkatan tentera yang membentuk Op Daulat meneruskan operasi menjejak pengganas, dengan orang ramai sekali lagi diingatkan supaya tidak menghampiri kawasan Zon Merah yang ditetapkan sejak gerakan ofensif dimulakan Selasa lepas.
Photo: kita tangkap.. kita soal.. dan bawak ke makamah untuk diadili
Ketika pasukan keselamatan agresif menjejaki musuh, seorang remaja lelaki berusia antara 12 dan 15 tahun maut terkena tembakan pasukan keselamatan pagi ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian secara tiba-tiba itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang memeriksa dua lelaki dan tiga wanita di Kampung Sungai Bilis sebelum terdengar bunyi pergerakan dari belukar berhampiran.
Photo: jelingan maut menanti tiba musuh durjana!!
"Berikutan itu, pasukan keselamatan secara spontan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut," katanya pada sidang media pada 4.40 petang.
Ismail berkata operasi agresif pasukan keselamatan juga membawa kepada penahanan 96 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Februari lepas.
Photo: 4x4 juga jadi sandaran..
Turut ditahan adalah 66 yang lain kerana memasuki zon larangan dalam kawasan Op Daulat yang dilancarkan pada Selasa.
Gerakan ofensif juga kini dilebarkan ke kawasan baharu di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan menumpukan kepada operasi membersih dan menggeledah di Kampung Tanduo, kira-kira lima kilometer dari kampung itu.
Sementara itu di Semporna, polis daerah itu menahan empat individu yang merupakan suspek penceroboh.
Photo: Polis marine n maritim beraksi...
Mereka merupakan sebahagian daripada 33 orang yang ditahan dalam operasi selama dua jam di Kampung Pinggir Bakau kerana dipercayai melindungi dan terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu selain disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada musuh.
Hari keenam Op Daulat juga menyaksikan sekumpulan wartawan dan jurugambar terserempak dengan anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, kira-kira 20 kilometer dari pusat media di Residental Felda Sahabat.
Sosok lelaki berpakaian serba hitam sambil memegang senjata itu dilihat berdiri berhampiran sebatang pohon kelapa sawit, kira-kira enam meter dari kedudukan mereka.
Photo: Ops Daulat Diteruskan

Ops daulat bagi memburu saki-baki pengganas sulu diteruskan hari ini. Kawasan pemburuan sudah semakin mengecil dari 4 km persegi dari awalnya. Dipercayai semua pengganas sudah terperangkap & semakin terdesak.
Bagaimanapun kesemua mereka tidak diapa-apakan.
Penduduk kampung itu juga dilihat tergesa-gesa meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbangkan keselamatan selepas mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan dalam kawasan kampung berkenaan.
Pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan dari Sulu pada 5 Mac.
Sepanjang konflik yang bermula 12 Februari itu seramai lapan anggota polis terkorban dan 53 musuh ditembak mati. - BERNAMA