Saturday, 16 March 2013

BERJALAN KAKI DEMI ILMU KE SEKOLAH


Berjalan berbelas kilometer ke sekolah


POLEWALI MANDAR, Sulawesi Selatan - Sekumpulan pelajar sekolah rendah di kawasan pedalaman di sini terpaksa berjalan kaki sejauh berbelas-belas kilometer semata-mata untuk belajar.

Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak dari Batetangnga, Binuang ini juga perlu bergerak awal ke sekolah ketika hari masih gelap dengan hanya berbekalkan obor untuk mengelak lewat tiba di sekolah.

Mereka juga terpaksa menyeberang sungai, melintas jambatan gantung sepanjang 50 meter dan melalui jalan yang berbukit-bukit, lapor Liputan6.com.

Kebanyakan mereka juga tidak mempunyai baju seragam sekolah kerana tidak mampu membelinya, tetapi pihak sekolah tetap menerima mereka kerana faham masalah mereka.

Jika hujan, perjalanan mereka ke sekolah akan bertambah sukar, sekali gus menyebabkan mereka lewat tiba ke sekolah.

Meskipun tanpa bekalan makanan dan duit poket serta kadang-kala sampai ke rumah selepas matahari terbenam, kanak-kanak itu tetap bersemangat untuk menuntut ilmu.

Ibu bapa kanak-kanak itu hanya berharap pihak berkuasa dapat membina jalan dengan segera bagi memudahkan perjalanan mereka ke sekolah. - AGENSI


No comments:

Post a Comment