Monday 18 March 2013

Pasukan keselamatan dalam Ops Daulat tidak akan diundurkan

Semporna: Pasukan keselamatan yang ditugaskan dalam Ops Daulat tidak akan diundurkan walaupun keadaan di kawasan operasi sudah pulih dan kembali seperti biasa. 

Photo

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya akan menambah lagi aset dan kekuatan sedia ada bagi memastikan keadaan keselamatan di Semporna dan Lahad Datu yang terbabit dalam operasi berkenaan dikukuhkan, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Photo: Berani potonglah...
Pic via Peminat Majalah Tempur

Langkah itu, katanya, bagi meyakinkan rakyat bahawa tahap keselamatan mereka terus diberi perhatian, meskipun operasi penggeledahan dan pembersihan pengganas di kawasan Ops Daulat sudah selesai. 


"Kita tidak akan mengundurkan pasukan keselamatan dari kawasan ini, malah saya ada rancangan membawa masuk pasukan tertentu dari Kuala Lumpur bagi menambah lagi kekuatan kita. 


Photo: Ceroboh Sabah: Tindakan pengikut Sultan Sulu canggah Islam, kata Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perbuatan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, kumpulan itu bertindak ganas sehingga menyebabkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa 10 anggota pasukan keselamatan negara dalam beberapa kejadian berasingan di kedua-dua lokasi serangan itu.

"Kita cuba nak selesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah, tetapi kita dapati orang Sulu ini ganas, mereka bukan sahaja membunuh askar kita tetapi cederakan orang yang sudah mati.
Kononnya mereka orang Islam tetapi perbuatan mereka tidak mengikut kehendak agama Islam," katanya lagi.

Beliau juga khuatir situasi akan menjadi lebih buruk kerana kumpulan penceroboh ini akan tetap meneruskan keganasan mereka secara berpanjangan walaupun akan kalah dalam pertempuran.

"Saya khuatir apabila kita lihat apa yang berlaku di Filipina, bila ada pemberontakan daripada rakyat mereka, ia berpanjangan dan tidak mudah dihentikan. Sebab itu saya harap kerajaan akan mengambil tindakan yang keras dan tegas supaya tidak berlarutan," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden itu - Bernama.

"Pada masa sama, Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) juga sudah mula digerakkan untuk memperkukuhkan lagi keselamatan di pantai timur Sabah. 
Photo: "Alamak, mana nak landing ni, dah penuh le..."
Yang banyak berjasa, pilot/krew Nuri dan helikopter Nuri

"Semua ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat di Sabah," katanya selepas mengunjungi Sitti Bandorah Mahalil, balu Allahyarham Sarjan Aziz Sarikon yang terkorban dalam serangan hendap pengganas di Kampung Simunul pada 2 Mac lalu, di sini, hari ini. 

No comments:

Post a Comment