Google+ Followers

Saturday, 16 March 2013

CALON SPM MAUT DIPANAH PETIR


Pelajar tunggu keputusan SPM maut dipanah petir


HULU LANGAT 16 Mac - Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah di sini maut dipanah petir ketika bermain bola sepak di padang Sekolah Kebangsaan Kajang Utama di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang.

"Mangsa maut di tempat kejadian, bagaimanapun lima lagi rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, menurut sumber, mangsa yang hanya dikenali sebagai Khairul, 18, tinggal di Flat Citra 3, Taman Kajang Utama.

"Mangsa merupakan bekas pelajar SMK Sultan Abdul Aziz Shah yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia," katanya.