Tuesday, 12 March 2013

6 SUSPEK PENGGANAS SULU DITAHAN


Polis sahkan 6 suspek ditahan di Kg. Bangau-bangau

SEMPORNA 12 Mac - Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam... jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu.

Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan. 

Credit: BERNAMA

No comments:

Post a Comment