Google+ Followers

Friday, 22 March 2013

Irene, pelajar cemerlang SPM SMK Desa Kencana Felda Sahabat dapat 10A



Irene Sully Tawan
Pelajar cemerlang Irene Sully Tawan menunjukkan slip keputusan SPM kepada bapanya, Tawan Ismil setelah mendapat 10A ketika mengambil keputusan peperiksaan itu.- Foto Bernama
LAHAD DATU - Irene Scully Tawan, 17, pelajar Sek Men Keb Desa Kencana Felda Sahabat di sini memperoleh keputusan cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia dan terpaksa meraikannya ketika tinggal sementara di Masjid Rahman Kembara Sakti, di sini.

Dia bersama ibu bapa dan dua adik lelakinya meninggalkan rumah mereka semalam atas faktor keselamatan berikutan ancaman pengganas militan dari selatan Filipina dan tinggal sementara di masjid tersebut, 3km dari rumahnya.

Irene yang bercita-cita menjadi doktor hanya dapat mengambil keputusan SPM di sekolahnya pagi tadi dengan ditemani oleh ibu bapanya.

Menurut beliau, gurunya telah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan itu semalam tetapi beliau hanya dapat mengambilnya pagi tadi.

Mengenai rahsia kejayaannya itu, Irene ketika ditemui di masjid tersebut berkata sikapnya yang suka bersaing antara faktor utama mendorong kejayaannya.

Credit: Sinar/Bernama