Saturday 16 March 2013

Indonesia puji Malaysia jaga kebajikan rakyat negara itu di Lahad Datu


Photo: Lahad Datu: KP1M Hantar Misi Bantuan Kemanusiaan

SUBANG: Kelab Putera 1Malaysia yang menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk membantu rakyat Sabah berhubung konflik di Lahad Datu berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi Khamis.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, 10 tan barangan keperluan seperti tilam, makanan dan ubat-ubatan akan diagihkan kepada tiga kem bantuan di Lahad Datu dan Semporna.

"Kami mempunyai satu pasukan yang terdiri daripada 15 sukarelawan dan 10 pegawai perubatan yang akan turun padang untuk memberi bantuan kepada mereka yang terjejas oleh konflik dan memberikan bantuan kepada pihak berkuasa di sini jika mereka perlukannya," katanya.

Bekalan diangkut oleh pesawat TUDM manakala sukarelawan berlepas melalui penerbangan komersial ke Sabah.

Abdul Azeez berkata laporan awal berkata lebih daripada 4,500 rakyat Sabah telah dipindahkan akibat pencerobohan lelaki bersenjata Sulu.


LAHAD DATU 16 Mac - Kedutaan Indonesia di negara ini merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak pantas menyelamat warganya di gugusan Felda Sahabat, di sini daripada menjadi mangsa pengganas Sulu.

Konsulat Besar Indonesia di Sabah, Soepeno Sahid berkata, tindakan efisien yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara dan pengurusan Felda membolehkan 10,045 pekerja warga republik itu di gugusan Felda Sahabat, di sini selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya mewakili kerajaan Indonesia mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak pantas memberi perlindungan kepada warga Indonesia yang berkerja di gugusan Felda ini," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi lawatannya bersama warga kedutaan Indonesia di Sabah ke penempatan Dewan Embara Budi.

Soepeno berkata, daripada jumlah keseluruhan warganegara Indonesia yang berkerja di Felda Sahabat, sebanyak 193 orang telah ditempatkan di penempatan Embara Budi.



Credit: HISYAMUDDIN AYUB

No comments:

Post a Comment