Google+ Followers

Saturday, 9 March 2013

Lahad Datu: 2 anggota PGA cedera berbalas tembak dengan pengganas


LAHAD DATU: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas di Kampung Tanjung Batu kira-kira jam 8 malam tadi. 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam kejadian tembakan sehingga jam 4 pagi itu, dua anggota dari PGA Miri cedera di bahagian betis dan peha.
 Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan.